Diet Pencegah & Pengobat Penyakit
Makanlah Prebiotik setiap hari untuk mengawal penyakit
kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, penyakit buah
pinggang dan lain-lain penyakit lagi. Tidak
percaya? Izinkan saya terangkan.
Sejak lebih 15 tahun dahulu, banyak kajian telah dilakukan
di seluruh dunia untuk mengkaji manfaat mengambil prebiotik setiap hari. Salah seorang penyelidik yang giat dalam
penyelidikan ini ialah Professor Florian Lang
dari Fakulti Fisiologi Universiti Tubingen di German. Kumpulan penyelidikan beliau telah membuktikan
bahawa prebiotik dari Gum Arabic dapat menurunkan paras gula dalam darah. Bukan itu sahaja, malahan Gum Arabic juga
didapati berkesan dalam mengawal kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi serta
menguatkan lagi sistem imun manusia.
Saya telah bertemu dengan Professor Lang lebih 2 tahun
dahulu di Simposium Gum Arabic Sedunia di Kuala Lumpur. Beliau menerangkan bahawa kajian-kajian yang
dibuat kumpulan penyelidikan beliau begitu pasti akan keberkesanan Gum Arabic
dalam mengawal dan memulihkan penyakit-penyakit kronik jika Gum Arabic itu
dijadikan makanan harian.
Seorang lagi doktor perubatan, Dr Mohamad Sallehin, telah
menceritakan kepada saya tentang pengalaman-pengalaman beliau dan rakan-rakan
sekerjanya akan keberkesanan Gum Arabic dalam merawat penyakit-penyakit seperti
kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan kanser. Mereka sangat kagum dengan manfaat Gum Arabic
ini.
Dr. Abdul Jamil Abdullah pula, seorang pakar dan Konsultan
Pembedahan di Malaysia , juga kagum dengan keberkesanan Gum Arabic yang dapat mengawal keadaan beberapa pesakit
kronik yang beliau rawati.
Apakah Gum Arabic? Gum
Arabic diklasifikasikan sebagai makanan dan mempunyai kode E414 sebagai
penstabil makanan. Gum Arabic ialah
cecair atau getah yang keluar daripada pokok Acacia senegal dan Acacia
seyal yang terdapat di beberapa Negara Afrika seperti Sudan. Gum Arabic
kaya dengan mineral, asid amino dan prebiotik. Prebiotik penting untuk menampung pembiakan
bakteria-bakteria baik dalam usus besar kita. Banyak kajian telah menunjukkan
manfaat bakteria-bakteria seperti Bifidobakteria dan Lactobakteria dalam
kesihatan manusia. Kajian juga menunjukkan
bahawa mengambil Prebiotik dan Gum Arabic akan memberikan manfaat yang lebih
daripada mengambil Probiotik (bakteria baik) sahaja kerana Gum Arabic mengandungi
lebih prebiotik dan mineral serta kaya dengan anti oxida yang penting untuk
kesihatan.
Kajian juga menunjukkan Gum Arabic dapat membuat usus besar
berfungsi dengan baik lagi. Para saintis
juga berpendapat bahawa fungsi-fungsi baru usus besar dan kandungan bakteria
yang baru dikenalpasti mestilah dikaji lebih mendalam.
Oleh itu, kita harus mengenalpasti dan memahami jenis
makanan yang baik dan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja belum
tentu mencukupi untuk dijadikan diet seharian kita. Prebiotik yang terkandung di dalam Gum Arabic
semakin menunjukkan kepentingannya dalam kesihatan seharian manusia.
Osman Ali
Osman@organichealth.com.sg
No comments:
Post a Comment