Thursday, 1 May 2014

SEMINAR "MAKANAN SEBAGAI UBAT II"


Salam sejahtera kepada semua.

Pihak Organic Health sekali lagi akan menganjurkan Seminar Kesihatan bertajuk "Makanan Sebagai Ubat II" seperti berikut: 

TARIKH:Ahad 25 Mei 2014 
TEMPAT:"The Grassroots Club" bersebelahan MRT Yio Chu Kang.
MASA: 9.00 pagi - 5.00 petang

Jamuan Tengah Hari, cendera hati dan tempat solat disediakan. 

Kali ini, 4 penceramah akan berkongsi ilmu yang kami harap akan memberi lebih manfaat kepada semua yang hadir. 

En. Osman Ali akan berkongsi tentang "Ciri-ciri Makanan yang Boleh Mengubat". 

Dr. Mohamad Sallehin akan memberi ceramah bertajuk "Makanan Sebagai Ubat; Fahaman Dahulu & Sekarang". 

Dr. Suriyakhatun akan berkongsi tentang, "Bolehkah Badan Membaiki Dirinya Sendiri?". 

Akhir sekali Dr. Abdul Wahab akan berkongsi tentang pengalaman beliau dengan "Istilah Penyakit Dari Pandangan Perubatan Barat & Contoh Bagaimana Makanan Dapat Menjadi Ubat."

Tiket-tiket berharga S$70.00 boleh ditempah melalui no telefon 6883 9585 di waktu pejabat atau menerusi hp 9777 2356 di waktu malam dan hujung minggu.
Anda juga boleh membeli tiket-tiket di Muzika Racords di Blk. 1 Joo Chiat Road, #01-1031, Joo Chiat Complex.

Datanglah beramai-ramai untuk menimba ilmu baru yang bermanfaat demi kesihatan dan kesejahteraan kita semua.

Salam Hormat dari Organic Health Pte Ltd.


No comments:

Post a Comment